Ahad, 31 Mei 2009

Rehlah Wida'...

Walaupun tidak seberapa, harapnya bermakna.

Sedikit bingkisan, perkongsian bersama.

Nikmatilah...


video

Khamis, 21 Mei 2009

Si kecil Marwan

Pagi itu amat indah. Kawanan burung hitam yang kecil berkicau riang. Marwan mendongak, leka sekali melihat kawanan burung itu berlegar-legar di pepohonan di sebelah rumahnya. Menjadi kebiasaan Marwan, setelah solat subuh di masjid, dia akan duduk di pangkin rumahnya.. Fikirannya ligat menerawang jauh..Hatinya tiba-tiba sayu, kalau satu masa dahulu, abi selalu menemaninya, sama-sama duduk di situ. Kadang-kadang mulut abi tak henti-henti bercerita, kisah nabi, kisah abi waktu kecil-kecil dulu, kisah Israel, si penakluk tanah air Marwan..semuanya masih segar dalam ingatannya..



Marwan : “Abi, hari ni abi keluar berjuang lagi? Bila kita nak menang abi?”
Abi: “InsyaALLAH, selagi Allah masih pinjamkan nyawa, maka selagi itulah kita kena berjuang..”
Marwan : “Tapi abi, Marwan takut nak ikut kawan-kawan Marwan melontar batu. Kita tak ada senjata abi.”
Abi: “Marwan anak abi, jangan fikir kita lemah walaupun kita ditindas setiap hari. Kita sebenarnya kuat daripada mereka, kerana kita tak takut akan mati, bahkan kita berjuang untuk mati syahid. Kita ada Allah Maha Kuasa, doa sebagai senjata..Abi mahu anak abi jadi kuat macam rumput..”
Marwan : “Macam rumput?? Rumput kuatkah abi? Selalu dipijak saja..Tak kuatpun Marwan tengok..”
Abi : “Hmm…cuba Marwan tengok rumput tu..”. Abi berkata seraya menuding jari ke arah rumpunan rumput yang tumbuh meliar. “Rumput walaupun dipijak-pijak, tapi ia tetap tumbuh subur..”


Doom!!! Dentuman itu mengejutkan lamunan panjang Marwan. Terdengar jeritan umi dari dalam rumah. Marwan berlari ke belakang rumah. Terlihat berdozer Israel sedia untuk meranapkan rumah Marwan. Marwan berlari lagi ke depan rumah. Umi keluar dengan adik kecil di dukungan. Marwan takut bila melihat tentera tentera itu memegang senapang yang panjang. Umi tiba-tiba meluru ke arah berdozer, ‘‘Apa yang kalian mahu dari kami ? Hah !!Tidak cukup kah keganasan yang kalian lakukan selama ini ? Suamiku kalian tangkap !Saudaraku kalian bunuh !Kalian memang kejam. Nyah kalian dari sini.!’’ Seorang tentera tiba-tiba melompat turun dan menolak umi dengan kasar. Umi dengan adik di dukungan jatuh ke tanah.


Marwan menangis. Wajah abi terpampang di benaknya. Dia bagai ternampak-nampak abi senyum kepadanya..Tiba-tiba, Marwan berasa mendapat kekuatan yang entah dari mana datangnya. Marwan terpandang sebiji batu yang besar di atas rumput. Bagaikan terdengar abi berbicara kepadanya, ‘‘Jadilah kuat seperti rumput itu Marwan’’. Dia lantas mencapai batu itu dan melontarnya ke arah tentera itu. Pang. Marwan terjatuh. Tembakan si tentera keparat itu menembusi dada kurus Marwan. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Marwan ternampak abi melambai-lambai kepadanya. Marwan panggil abi..abi..abi..Marwan sebut nama Allah..
Kepada Allah kita datang, kepadaNya jualah kita akan dikembalikan...


Sabarlah umi…
anakmu pergi sebagai syuhada
yakinilah..
pasti akan ada pembelaan dari Allah

Lihatlah senyuman anakmu…
yang berbahagia di sisi Robbi
perginya anakmu pembangkit semangat
jutaan jiwa mukminin…

Biarlah pemergian anakmu menjadi saksi…
kekejaman Yahudi dan Israeli!

Wahai abi..
kini aku disisimu..
berdampingan denganmu
menuju Jannah yang abadi
atas perjuangan kita yang sejati..
mempertahankan Bumi anbiya ini..

Aku tersenyum…
walaupun dijasadku
menempel sejuta luka
yang takan pernah sembuh lagi…

Selamat tinggal semua..
teruskan perjuangan kami
kita akan bertemu di “sana” nanti…

“Teruslah berjuang kaum Mukmin.. kembalikan kesucian al-Aqsa.. kembalikan kesucian al-Aqsa..!! dan buat Yahudi, Ingatlah peristiwa Khoibar! ingatlah peristiwa Khoibar! Pasukan Muhammad akan datang tidak lama lagi!! Kami akan datang! kami akan datang!”

Saudaraku, kita di sini masih lagi berperang dengan masalah hati, masalah kewangan, masalah ukhuwwah dan seribu satu masalah yang remeh, yang kadang-kadang membuatkan kita berasa sudah tidak kuat lagi untuk melangkah, tetapi sebaliknya pula adik-adik kita di sana, saudara seislam yang berpegang dengan aqidah yang sama, mereka telah Allah taqdirkan berperang dengan nyawa dan darah demi Islam tercinta. Maka, usahlah mengeluh kalau kita ditmpa musibah, bangkit, dan teruskanlah melangkah, kerana Allah sentiasa bersama kita. Jadikan kekuatan si kecil Marwan pengajaran terbaik untuk kita!!

Rabu, 6 Mei 2009

Ibu, izinkan aku berjuang..


Semilir yang membawa kenangan di angin lalu
Mencambah secebis kasih di batas rindu
Menambah sengsara di titian sepi
Mengundang rintihan..seksa tanpa suara

Setiap hari si Ibu merintih
Mana anakku yang dulu kubelai penuh kasih?
Mengasuh dan mendidik hingga matang menjelma
Menjadi penenang kalbu melepas rindu

Sedetik demi sedetik
Membawa si Ibu menghampiri penghujung usia
Rindu yang tak tertahan menerpa sentiasa
Hanya doa menjadi pengiring di kala resah
Memohon mengharap redha Yang Esa
Menanti buah hatinya pulang ke riba

Sentiasalah doakan Ibu ayah kita. Mudah-mudahan dalam kesibukan kita membuat program-program Islam, Allah menjaga dan memelihara keluarga kita daripada fitnah dunia dan akhirat..
p/s: Buatlah baik pada Ibu selagi peluang masih ada…

Selasa, 5 Mei 2009

Betulkah kita dah sampaikan DAKWAH?

Ana masih teringat ketika latihan mengajar sem lalu, sorang anak murid ana (non-muslim) bertanyakan pada ana tentang apa tujuan sebenar manusia hidup..Erm, terlintas di fikiran ana, ramai lagi manusia yang tidak tahu matlamat hidup mereka, hatta umat islam sendiri belum tentu dapat jawab persoalan tu. Ana pun cuba mengexplain satu persatu dengan harapan dia faham. Jauh di sudut hati rasa sedih sebenarnya mereka ni sedang mencari-cari sumber cahaya tapi malangnya hanya sedikit orang yang sudi memimpin tangan mereka bagi memudahkan mereka mendapatkan cahaya itu.. Kesian betul anak-anak Sabah ni, banyak lagi tempat yang dakwah islam masih belum sampai.


“Kalau bukan kerana hidayah Allah, sudah tentu saya tak akan masuk islam! kerana tidak ada sorang pun orang Islam yang ajak saya dan sampaikan islam kepada saya”


..Tersentap hati saya bila mendengar cerita sorang ustazah tentang pengakuan sorang mualaf bekas penganut SIB. Betulkah?..(Ya ALLAH, macam mana aku nak berdepan denganMu sedang amanahku sebagai Khalifah, untuk sebarkan Islam belum lagi aku laksanakan?)..Kita sebenarnya belum lagi dikatakan berdakwah sekiranya kita tidak menyampaikan Islam kepada orang yang bukan Islam, sebaliknya kita masih lagi dalam kerja-kerja meng”islah”kan orang islam supaya mereka menjadi lebih baik.


“Eh ustaz, takde keja lain ka selain memancing hujung minggu ni? Asyik-asyik tengok rupa ustaz di sini..”
“Ni kan hujung minggu, mana ada keja lain..holiday. Boring-boring saya gi la memancing, salahkah?”


..Ni pun cerita ustazah tu juga. Sebenarnya tak salah gi memancing ni kalau betul kena pada masanya. Tapi yang menjadi persoalannya, betulkah takde keja lain? Musuh-musuh Islam bekerja siang malam, pagi ke petang tidak kira hari bekerja atau hujung minggu, merancang strategi untuk memurtadkan Islam, tapi kita masih mampu bersenang lenang dan sentiasa mahu berada dalam zon yang selesa..Ingat jundullah, kebatilan yang terancang mampu mengalahkan kebenaran yang tidak terancang!
Kesimpulannya, banyak lagi keja yang perlu kita lakukan untuk memartabatkan Islam ni terutama di Sabah. Ana doakan semua sahabat pj8 istiqamah dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..Doakan juga agar ana sentiasa Thabat dan istiqamah dalam Islam..


P/s: Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 yang nak berdakwah di luar…