Selasa, 24 November 2009

Kelesuan Usrah

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Saya sering diajukan oleh masalah usrah-usrah yang dikendalikan oleh adik-adik dalam PERPPIS Lahad Datu. Usrah tidak berjalan, naqib atau naqibah tak pandai ‘bawa’, silibus bercelaru – antara persoalan yang berlegar-legar di kalangan ahli usrah, lazimnya. Saya cuba menasihati. Secara peribadi, saya cukup mengagumi kesungguhan adik-adik ini mengendalikan usrah mereka. Sekurang-kurangnya mereka lebih bertuah berbanding saya pada usia mereka kini yang sudah berjinak-jinak dengan usrah untuk menjadikan ISLAM the way of life sebelum kematian tiba.

Usrah (atau apa pun sahaja nama sirnya) haruslah menjadi medan yang menarik dan tidak membosankan. Suasana ini boleh diwujudkan jika antara ahli usrah wujud chemistry untuk saling bahu-membahu dan memerlukan antara satu sama lain. Prinsipnya adalah ukhuwah fillah. Malangnya, ada yang cuba menangguk di air keruh sehingga memecahbelahkan ikatan yang terbina kukuh selama ini. Menerima bula-bulat, apa sahaja yang kita baca, dengar dan lihat, kemudian memuntahkan kembali semua itu tanpa sebarang proses mena’akulan, maka inilah yang dinamakan keBODOHan yang terlampau.

Usrah yang berjaya tidak akan menyebabkan ahli mudah melatah dan melenting hanya kerana khabar angin yang disebarkan oleh orang luar yang baru kita kenali. Apatah lagi jika dalil yang digunakan mengeksploitasikan alam jin sebagai perantara. Khurafat! Seharusnya masalah ini dibincangkan dalam usrah atau mesyuarat rasmi sebagaiman firman-Nya yang bermaksud “...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu...” (3:159). Kekuatan bukan dibina atas peribadi tetapi jemaahlah yang menyatukan kita. Kendalikanlah secara rasional, bukan emosional. Itulah sunnatullah dalam berjuang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan