Isnin, 15 Februari 2010

Nasib Malang Guru 1Malaysia

Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan Kementerian Pelajaran. Ini berikutan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia berikutan krisis kegawatan ekonomi. Maka mungkin ada komen dan ulasan, guru di Malaysia patut bersyukur kerana masih lagi diberi makanan ketika berkursus berbanding dengan guru di beberapa negara lain yang tak diberi makan langsung! Bagi saya jika benar keadaan negara berada dalam gawat semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu menerima hakikat dasar penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Sesuatu yang saya pelik dalam masa yang sama ketika guru-guru disuruh makan nasi bungkus, kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan pengurusan kewangan yang tak masuk akal. Misalnya, gaji dan elaun polis meningkat berkali ganda ketika perkhidmatan kerajaan lain disuruh berjimat cermat dan perbelanjaan mengurus dipotong. Ada yang berkata, bersyukur dan tak usah berdengki itu dah rezeki polis. Ini bukan soal dengki dan sebagainya. Apa yang saya perhatikan kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan boros. Contoh program Juara Rakyat yang dijadikan road show ke seluruh negara yang merupakan agenda Umno yang menggunakan duit rakyat sesuka hati.

TPM yang juga Menteri Pelajaran buat-buat terkejut apabila kajian menunjukkan 60 % pelajaran Tahun 1 tidak menguasai 3M. Kenapa nak buat-buat terkejut, bukankkah kerajaan dah habis lebih 5 bilion untuk laksanakan PPSMI? Sibuk sangat dengan bahasa inggeris sehingga ramai murid Tahun 1 yang pastinya majoriti anak Melayu masih lagi buta huruf. Apabila murid tak kuasai 3M, guru dikritik kerana tak laksanakan tanggungjawab. Kesian pada cikgu-cikgu sentiasa jadi mangsa bila sesuatu program Kementerian Pelajaran kerajaan 1Malaysia menemui kegagalan. Malangnya nasib guru-guru di bawah kerajaan 1Malaysia!

Khamis, 11 Februari 2010

Resolusi Kita


1) Gerakkan IMBOS di kawasan masing-masing.
- Hantar laporan pertengahan tahun kepada email : muslimin_mukhlisin@yahoo.com
- Laporan hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 Jun 2010
- Selamat bekerja untuk ISLAM

2) Infaq bulanan 5% daripada gaji pokok kepada IMBOS.
- Alternatif buat masa ini dimasukkan terus kepada akaun Muhd. Ruslan bin Azahari ke dalam salah satu akaun berikut:
i) Maybank ~ 162263156276
ii) BSN ~ 0311229840476505
iii) CIMB ~ 03040065451529
- Sila maklumkan berapa jumlah Infak yang dibank in kepada beliau (Abg Ruslan) di talian 0148617932

3) Perjumpaan Tahunan di MUKTAMAR PAS PUSAT bermula tahun 2010.
- Makluman awal mengatakan Muktamar PAS Pusat akan diadakan pada 06 ~ 13 Jun 2010 di Kelantan Darul Naim.
- Sahabat-sahabiah diingatkan agar membuat tempahan tiket lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.
- Rancang perjalanan anda sebaiknya. InsyaALlah kita jumpa di sana.

4) Reunion pada tahun 2015 di UMS.
- Dalam perancangan dan akan diimplementasikan, insyaALlah

5) Infaqkan sekurang-kurangnya seorang anak dalam gerak kerja jemaah.
- Selesaikan JBM masing-masing mengikut kadar dan kemampuan

Jumaat, 5 Februari 2010

Mari Selawat

Sholatullah sholamullah
Ala thoha Rasulillah
Sholatullah sholamullah
Ala yassin habibiLlah
Tawassalna bi bismiLlah
Wa bil hadi Rasulillah
Wa kulli mujahidin liLlah
Bil ahli badri Ya ALlah

Daripada kita pacar-pacaran
Lebih baik kita berselawatan
Daripada kita berdua-duaan
Nanti bakal dihasut syaitan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Lebih baik berselawatan

Bukan aku tidak suka padamu
Bukan aku tidak mahu denganmu
Tapi aku cuma mahu lihat dulu
Setebal mana imanmu?

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita berta'arufan
Sudahlah aku jangan engkau fikirkan
Ayuh saja kita berselawatan