Isnin, 30 Mac 2009

CORETAN BUAT PEJUANG


Pejuang…
Dunia hari ini menyaksikan kegersangan
Pewaris agung risalah baginda Rasulullah S.A.W
Tegarkah dirimu melihat keagungan Islam kian lenyap
Hilang di bawa arus ketamadunan dunia yang kian pudar serinya
Hari demi hari tanpa meninggalkan kesan.
Sanggupkah kalian menemui Rabbul Izzati bersama amanah
yang belum tertunai? Sanggupkah???

Mujahid..Mujahidah
Perjuangan kita masih belum selesai
Selagi nyawa di kandung badan,
selagi mata masih bersinar,
Selagi urat masih berdenyut,
selagi matahari belum terbit di barat,
Selagi Islam belum terpasak di bumi,
Selagi itulah amanah ini belum selesai....

Wahai sahabat sekalian...
siapkanlah diri kalian sebaik mungkin untuk menempuhi
dugaan yang bakal mendatang,
bekalkan dirimu dengan keimanan dan
ketaqwaan agar bisa menjadi seperti para sahabat terdahulu.
Adakah ruang itu masih berbaki untuk kalian perbaiki kesilapan lalu
Membiarkan Islam di tindasi kafir durjana? Masih adakah???

Ingatlah wahai pejuang...
Dalam meneruskan amanah ini pelbagai dugaan yang mendatang.
Hadapilah ia dengan kesabaran dan ketaqwaan
Janganlah mengira dugaan secubit dugaan ini, diri kalian lemah
dan semangat pudar,
Kalian futur sebelum tiba saat dan waktunya.
Marilah wahai pejuang sekalian,
Kita mengorak langkah bersama berganding
menunaikan hak dan amanah ini
Jangan kalian putus asa,
Bukankah kalian mahu Islam bersinar gemilang???

Ingatkah kalian...
Ikrar dan janji kalian sewaktu tika dahulu?
”diriku ini ku wakafkan hanya untuk Islam,
selagi mataku masih belum terpejam,
selagi jasadku belum diselimuti tanah”
Pejuang sekalian, seandainya langkahmu terhenti,
Corakilah semula, sabar dan kuatkan kembali semangat.
Sememangnya hidup sebagai jundullah itu penuh kegetiran.
Thabatlah kalian wahai pejuang.
Tetapi,
Ingatlah syurga yang dijanjikan buat kalian,
Biarlah segetirmana dugaan yang mendatang,
Ianya hanya seketika cuma di dunia ini.
Takbir...Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar....

2 ulasan:

  1. Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

    Salam Kasih Pengikat Sayang

    Salam Intifadha Menuju Mardhatillah

    Salam Mujahid Menuju Syahid

    Salam PJ8 Kelapangan Ummah

    BalasPadam